Selepas solat subuh, kami melakukan aktiviti Malaysia Cergas yang dibimbing oleh fasi. Disamping itu, kami diberi tugas untuk membuat sorak mengikut kumpulan besar yang telah diberikan sementara menunggu tibanya sarapan. Pelbagai jenis sorakan yang terdapat pada pagi tersebut. Saya adalah ahli Tasik Raban dan saya rasa sorak kumpulan saya yang paling simple. Selepas sarapan pagi, kami bertolak ke Janda Baik dan tiba di sana pada pukul 12 tengah hari. Tiba sahaja di sana, kami terpaksa menyerahkan barang berharga kami seperti handset,jam dan makanan ringan. Selepas itu, kami mengangkat barang-barang ke tapak perkhemahan. Saya ingatkan tapak itu tidaklah jauh rupanya jauh dan barang-barang kami agak berat untuk diangkat. Kami gagah kan diri untuk mengangkat barang-barang tersebut. Mereka mula menebas dan mesin lalang yang terdapat di situ untuk di jadikan tapak. Hasil kerjasama kami dapatlah menerangkan kawasan tersebut. Tetapi malangnya cuaca tidak baik menjelang petang. Kami bertungkus lumus menyiapkan khemah-khemah. Aktiviti Camp Craft kami diteruskan sampai ke tengah malam. Selepas siap dalam 40%, kami diberi rehat dan membuat centry untuk menjaga peralatan dan kawasan sekitar. Baru sahaja nak melelapkan mata, kami dikejutkan dan berkumpul di kolam dengan memakai PFD. Kami disuruh masuk kedalam kolam. Bob, ayed dan Yazid duduk di atas jeti dan memandang kea rah kami. Saya pun tidak tahu apa puncanya sehinggalah kami dibenarkan naik ke atas. En. Rafsan memberitahu puncanya iaitu mereka tidak meminta kebenaran fasi ataupun instructor untuk ke tandas. Macam-macam hal tetapi itu baru malam pertama di Janda Baik.
Tuesday, March 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment