? ??????????????????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blo
gger account and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, August 18, 2009

appoitmentt

ziooss
hmmm
skang ni da kene ulang alik ke HSI..
msam2 apoitment kene ikot..
my money is going down..
hohoh
so sad..
tp demi my health
kene wat gak
smpai biler nak jd bhan cacian n ktukan org..
redha je la kan..
doakan saya cepat sembuh k

sem 3

salam..
skang ni da tengah sem 3..
payah jgak ekk
maner ad bnda senang kann
so,azam saya sem ni nak wat yang terbaik
nak dpat 3 pointer ni
xper la kalu xbyak wat aktiviti
yg pnting nak blajor..
caiyok2...

Tuesday, March 31, 2009

Rindunya kat Penawar...

Pukul 9 pg, kami bertolak ke johor.. Tak ramai yang tidur sebab dah cukup rehat.. masing2 mulalah wat hot story.. da nak sampai penawar baru nak tidur.. Kerenah masing2.. Sampai di Penawar, kami loading out barang dari bas.. Semuanya berjalan dengan lancar..
Alhamdulillah berakhirnya final camp kami dengan beribu kenangan dan pengalaman.. Saya tidak akan melupakan pengalaman di Janda baik..

Final touch...


Pada pukul 8.30 pagi, kami tiba di uitm semula untul mengemas barang...

Kami siap semuanya pada pukul 4 lebih dan terus membuat majlis penutup.. Sesi bergambar dijalankan dan pada petang itu pelajar Shahputra akan pulang ke kolej mereka.. Selepas bergambar, kami pulang ke hostel dan merayau sekitar seksyen 7. Penat badan di buat nya.. Malam tue, saya kemas beg saya kerana pada pukul 8 pagi esok kami akan bertolak ke johor... tidur dengan nyenyaknya...

Balik Shah Alam

Setelah memunggah barang masuk kedalam lori, kumpulan saya pulang ke Shah Alam dengan kumpulan Tasik Kenyir.. Sepanjang perjalanan kami tidur dan memunggah barang semula apabila tiba di uitm. Kumpulan demi kempulan tiba dan kami membuat kerja sampai senja.. Selepas itu, kami berkumpul di padang futsal untul megambil barang2 kami.. Pelajar dari Shahputra tinggal di surau kolej kenanga manakala kami tidur di kolej Akasia yang terletak di Seksyen 7. Kami bertolak kesana dalam pukul 9 malam kerana kus hilang. Kami terus tidor sebaik sahaja tiba di hostel...

air terjunnnn


Dalam pukul 10 pg.. Kami dibawa oleh En.Ilham ke air terjun untuk membuat aktiviti abseiling.. Kami teruja sangat2 sebab rakan2 kami yang menceritakan betapa mencabarnta abseiling di air terjun. Perjalanan ke atas mengambil masa lebih kurang satu jam dan kami memulakan aktiviti.. airnya sangat sejuk dan deras.. Tiba giliran saya hendak turun, kasut saya yang bertapak licin membuatkan saya tergelincir beberapa kali tapi tidak mematahkan semangat.. Saya turun ke bawah dengan selamat.. Ditambah dengan hujan lebat menambah lagi kesjukan yang kami alami.. Selepas selesai semua kami turun ke bawah semula dan kami dihantar ke tempat survival kami.. Menjelang senja, En.Firdaus datang ke tempat kami dan meminta kami untuk menceritakan pengalaman pahit dalam hidup.. Selepas itu kami dibawa keluar dam membersihkan diri untuk Majlis penutup & BBQ. Setiap kumpulan diminta membuat persembahan dan kumpulan saya menyanyikan lagu standing in the eyes of the world. Tiba giliran En.azmi membuat persembahan. Agak mistik dan persembahan tersebut membuatkan beberapa orang rakan dalam ketakutan. Darlene terus pengsan. Kami diarahkan membuka khemah kerana lori akan datang seawal 6 pagi..Walaupun penat kami gagahkan juga..

Rehatttt....

Selepas sarapan dan berehat sekejap, kumpulan saya membuat aktiviti Kembara sekitar Janda Baik. Jauh sangat tapi dengan bantuan Iqbal, semuanya berjalan dengan lancar. Dalam aktiviti tersebur, kami bergerak ke satu tempat dengan menggunakan petunjuk. Kami terpaksa meredah air terjun yang deras dan berbatu. sakit belakang dibuatnya tapi itulah pengalaman.. Kami berjaya menghabiskan aktiviti kembara dalm pukul 3 petang. Kami menunggu kumpulan lagi satu dan sempat tertidor. Kebetulan dekan dari uitm datang dan kami tidur. Kene rendamlah jawabnya. Selepas habis aktiviti, kami diambil alih oleh cik yazialh. Saya ingatkan buat aktiviti abseiling tetapi survival. boleh je lah.. dapat gak rehat.. kami antara kumpulan yang awal survival. Kami rehat dan membuat centry untuk keselamatan.. Kami rehat sampai ke pagi esoknya..