? ??????????????????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blo
gger account and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, March 31, 2009

Hari Pertama... ke Shah Alam




Tanggal 13 mac 2009, saya bertolak ke UITM Shah Alam pada pukul 10:00 pagi. Perjalanan kami dirasakan sungguh menyeronokkan. Akhirnya kami tiba di UITM pada pukul 4:30 petang. Kami dibawa ke Dewan Kolej Kenanga dan majlis perasmian telah hampir tamat. Walaupun begitu, kami disambut dengan meriah oleh siswa dan siswi dari Shah Alam dan Shahputra. Selepas tamat majlis tersebut, kami diberi sebungkus mihoon goreng sebagai minum petang. Dalam kemeriahan tersebut, kami sempat berkenalan dengan pelajar dari Kolej Shahputra yang ikut serta dalam perkhemahan kali ini. Selepas itu, kami diberi sehelai baju sebagai baju program kami. Kami bergegas untuk tukar baju kerana ingin menunaikan solat asar. Kami dikehendaki untuk berkumpul di padang futsal untuk berkenalan dengan para fasi. Fasi kami terdiri daripada pelajar ijazah dan 2 orang daripada mereka adalah pelajar diploma dari kolej shahputra. Pada mulanya, agak susah untuk mengenali muka mereka kerana kami agak letih dan otak tak berapa nak betul. Hehe… Tapi, alhamdulillah kami dapat mengenali mereka. Dari riak muka mereka, memang teserlah garang tetapi tak semua yang disangka akan jadi kenyataan. Mereka antara fasi yang baik dan banyak membantu kami. Aktiviti perkenalan tidak dapat dilakukan dengan sempurna kerana kami dikehendaki untuk solat maghrib. Selepas solat maghrib, kami menyambung semula aktiviti tersebut. Selain dapat berkenalan dengan fasi, kami dapat berkenalan dengan pelajar Shahputra. Selepas makan malam, kami semua diberi kumpulan untuk memuat kan barang-barang ke dalam lori.Setelah siap semua kerja tersebut, kami diberi tidur tetapi kami perlu membuat kawalan keselamatan mengikut kumpulan yang diberi. Selepas itu, kami bangun pukul 5.30 untuk membersihkan diri dan sedia untuk solat subuh.

0 comments: