Menjelang subuh, kami sebagai centry yang terakhir mengejutkan rakan-rakan yang lain untuk menunaikan solat subuh. Selepas itu, kami melakukan aktiviti Malaysia Cergas dan sarapan. Selepas sarapan,kami semua berkumpul di hadapan khemah pusat dan En.Sham menunjukkan baki nasi. Kami terpaksa pusing keliling kampung untuk memberi ayam makan. Selesai sahaja memberi ayam makan, kami menyambung aktiviti camp craft semula. Kami diarahkan untuk mengalihkan khemah peralatan di sebelah khemah dapur.Agak susah untuk mengalihkannya kerana ada kumpulan yang sedang memasak untuk makan tengahari. Sehingga menjelang petang, kami masih tidak mampu untuk menyiapkannya kerana penat.
Disebabkan lambat, instruktor mendenda kami berendam di dalam kolam. Dah nasib badan, terpaksa terima hukuman. Bukan kerana lambat, tetapi ahli kami telah hilang ketika memberi ayam makan iaitu Iqbal. Pada mulanya kami tidak perasan kehilangannya sehinggalah Fiha memaklumkan kehilangannya. Kami pun terima hukumannya. Setelah direndam, kami dibenarkan tidur dan membuat centry sehingga subuh.
Tuesday, March 31, 2009
Hari Kedua... Bagi Ayam Makan...
Posted by aQiLaH at 8:20 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment