Seperti biasa kami dikejutkan seawal 6 pagi untuk menunaikan solat subuh dan melakukan aktiviti Malaysia Cergas. Tetapi, pada hari tersebut kumpulan saya memasak untuk sarapan pagi. Menu pagi itu nasi goreng dan air teh. Selepas sarapan, kami menyambung semula aktiviti camp craft dan adaa kumpulan yang telah memulakan aktiviti rotation. Bagi kumpulan saya, kami melakukan aktiviti camp craft dan mountain biking. Salah seorang dari ahli kumpulan saya pengsan iaitu Rafi ketika hendak melapor dan dia diberi rawatan kecemasan. Ahli kumpulan saya iaitu rozi, angah, iz, amri, dan amin cuba untuk menyiapkan khemah dapur dan peralatan. Kami berjaya menyiapkan 80% dan selebihnya disambung oleh kumpulan lain kerana kami akan melakukan aktiviti mountain biking. Kami berasa tidak sabar untuk menunggang basikal kerana ingin merehhatkan minda seketika. Aktiviti ini agak mencabar ketika hendak mendaki bukit. Seperti hendak semput tetapi usaha hingga berjaya. Saya bersyukur mempunyai ahli kumpulan yang memahami dengan kecederaan pada lutut saya. Kami tiba di kem pada pukul 7 lebih kerana rakan-rakan yang lain telah bersedia untuk solat. Selepas solat dan makan, kami melakukan aktiviti management games yang dikendalikan oleh cik Yazilah. Aktiviti ini amat seronok dan selepas itu kami diberi masa untuk tidur. Bangun sahaja dari tidur, cik Yazilah marah kerana ada tembikai yang dibuang. Kami didenda masuk kekolam lagi. Kami pun tak tahu siapa yang melakukannya. Selepas itu, kami dikumpulkan dan melakukan aktiviti post mortem. En Sham marah kami kerana ada yang menuduh dia macam-macam. Malam itu kami brerselisih faham sedikit dan diselesaikan dengan balik ke khemah setelah dinasihati oleh Pak Lang. Kami menjalankan centry seperti biasa sehingga awal subuh.
Tuesday, March 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment