Selepas bangun pagi dan sarapan, kami membuat aktiviti semula. Hari tersebut kumpulan saya melakukan aktiviti low rope course. Sepanjang aktiviti tersebut, kami diperkenalkan dengan pelbagai jenis halangan seperti Kriss cross,postman walk dan sebagainya. Kami pun membuat aktiviti tersebut tetapi dengan syarat kaki tidak dibenarkan jejak ke tanah. Kami buat aktiviti tersebut dengan penuh hati2.. En. Sham menyuruh angah melakukan aktiviti tersebut lagi sekali kerana dia terjatuh ketika membuat aktiviti dan jika angah jatuh lagi, kami dikehendaki melakukannya sekali lagi. Kami sebagai supporter, mengawal angah dengan sebaiknya.. Alhamdulillah kami semua berjaya melakukannya. Selepas keluar dari kawasan tersebut, kami makan tengahari dan solat zuhur.. Aktiviti seterusnya yang kami lakukan adalah rafting.. Fasi memberi arahan untuk membuat rakit mengikut kumpulan menggunakan 6 batang buluh dan 6 tiub tayar. Kami bertungkus lumus membuat rakit tersebut.. Tetapi yang terkejutnya, kami diarahkan bertukar rakit dengan kumpulan lagi satu.. Agak pening sedikit sebab kami ramai dan rakit tu agak kecil. Tapi kami cuba gak.. Pertama kali masukkan dalam kolam, tiub tayar di bahagian depan sudah kekurangan angin.. Bila nak dayung jer, ikatan demi ikatan pada rakit tersebut terbuka.. Terpaksalah kami berenang dengan membawa rakit.. Pengalaman yang melucukan jiwa..Saya rasa aktiviti ini memang seronok dan banyak idea yang dicetuskan untuk membuat rakit..Selepas bersihkan diri, solat dan makan, kami semua berkumpul di khemah pusat untuk membuat post mortem. Bukan setakat post mortem, ada instruktor yang mebuat lelongan tapi bukan barang yang dilelong tetapi orang. Pada mulanya Iqbal dilelong dan akhirnya kumpulan saya membelinya.Kus turut dilelong tapi berjaya dibeli oleh kumpulan instruktor. Seterusnya kami membuat aktiviti treasure hunt. Kami melakukan aktiviti ini sehingga subuh.. Tak tidur pun walaupun hujan turun dengan lebatnya...
Tuesday, March 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment